Andainya lelaki tahu..
Dalam hati seorang wanita,
ada naluri untuk di sayangi
Ada rasa untuk diberikan perhatian
Ada rasaa untuk didengari keluh kesahnya
Ada waktu-waktu diminta ditemani kesedihannya
Andai lelaki tahu rajuk seorang wanita,
minta dipujuk..
Marah seorang wanita,
perlu didekati.
Sedih seorang wanita,
perlu didekati..
Gembira seorang wanita,
ingin dikongsi.
Andainya lelaki tahu..
Disebalik seribu satu itu
Adanya sekeping hati
nan lembut
Bukan untuk dimanjakan
Bukan jua untuk
ditatang bagai minyak yang penuh..
hanya perlukan sedikit perhatian
agar rasa kasih itu
terasa wujud..
Walaupun disaat berjauhan...
Kerana andainya lelaki tahu
hatinya ini akan sentiasa bertanya..
Pada diri seorang wanita...
Wujudkah cinta itu dihati lelaki??..
Bila disaat berjauhan tanpa perkhabaran??
Maka..
sayangilah seseorang itu atas dasar
siapa dirinya sekarang..
Bukan atas dasar siapa dirinya di masa silam..
Cintailah seseorang itu kerana hatinya
Bukan peras rupa semata-mata...
~The End~
p/s: sebenarnya tulisan nie dalam video..
aku dah ubah ckit ayatnya..enjoy..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan