Isnin, 26 April 2010

::Ku Bahagia ::

Satu perkenalan yang ku sangka satu perkenalan biasa sahaja...
tak pernah ku sangka jadi begini...
jantungku berdegup kencang
setiap kali berbicara dengannya..
hari demi hari
mengeratkan kami
senyuman yang manis memikat hati..
sentuhan lembut menyenang aku
bila aku disisinya
lagak manjanya membuatkan aku selalu tersenyum..

Dia membuatkan aku suka padanya..
caranya, sikapnya, sifatnya dan semuanya ttg dia..
aku terkejut bila dia melamar ak
hilang segala kata yang ingin ku ucap..
terdiam diriku memandangnya
aku tertunduk malu..
tersenyum manis padanya..
tanganku dicium berkali-kali
ucapan terima kasih diucap tanpa henti..


:: Burung berkicau tanda setia pada pagi ::
:: Ku dengan engkau tak bisa dipisahkan lagi ::
:: Jantungku kau mintapun kan ku berikan ::
:: Betapa dalamnya cinta untukmu ::
www.tips-fb.com

Khamis, 22 April 2010

Ya Allah...
tenangkanlah hatiku, fikiranku, jiwaku dan permudahkanlah segala urusanku agak aku kuat menempuh ujian Mu..sesungguhnya aku seorang insan yang lemah dan amat memerlukan petunjuk dan bimbingan Mu. Ya Allah.. Tenangkanlah hatiku.. www.tips-fb.com

Tahukah Anda..

Tahukah anda bahawa madu lebah 2 sangat banyak khasiatnya...emmmm...jom kite kongsi2 ckit info pasal madu nie..


MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh
para ibu yang mengandung.

BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
www.tips-fb.com

Rabu, 21 April 2010

Neraca Hidup

Sejarah mengajar kita supaya lebih berhati-hati..
sejarah jugalah telah mengajar aku untuk berdiri..
terus bangun melangkah pergi..
tinggalkan kisah yang ku lalui..
masih terasa sakitnya hati, bila kisah menjelma kembali
bagai ditusuk sembilu besi..
yang akhirnya mematikan rasa hati..
aku menjadi insan tanpa perasaan..
bila cerita berkisar kembali..
menjadi DEMDAM yang rasai..
hitam, pekat, dan kelam sekali..
menunggu saat kau merasai semua sekali..
apa yang ku lalui selama ini...
semoga kau sempat bertaubat kepada-NYA..
semoga TUHAN menerimanya..
Andai itu takdirnya..
Aku terima sahaja..
...keranaku YAKIN ada balasan-NYA...
www.tips-fb.com

Selasa, 20 April 2010

: Mutiara Kata :

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi" Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. www.tips-fb.com

Aloha

emmm....akhirnya balik jugak ak ke KL nie..
mmg rasa malas nak balik sini klu dah duk kat kmpg..
tp nak buat macam mn, terpaksa balik jugak... www.tips-fb.com

Khamis, 8 April 2010

Desa Yang Permai

Hari ini aku akan pulang ke desa yang permai..
Melepaskan segala kerinduan yang menggunung.
Walaupun sementara, tapi itu takpe
Kerana disana desa permai ku...
Pulangnya aku
Ke sana, amatku nantikan...
Melepaskan segala tekanan yang ada di bandar
Kerana ape??
Kerana di sana desa permai ku.....
Selamat tinggal bandar yang penuh kesibuktan..
Aku pulang..
...Desa permaiku..
~The End~
www.tips-fb.com

Kawanku..

kita dilahirkan didunia nie,bukan untuk duduk berseorangan..
tapi untuk mencari teman..
teman yang dapat membimbing kite ke jalan yang betul..
beruntung jika ramai kawan..
kawan yang sanggup bersama-sama..
walau dalam apa jua keadaan..
susah senang bersama..
aku rasa sangat beruntung..
kerana aku dikurniakan kawan yang sebegitu..
walaupun aku jauh di perantauan..
aku tidak merasa sunyi..
aku diberikan kawan yang baik,saling sayang menyayang..
kawan yang sentiasa menasihati aku.
kawan yang tidak lokek berkongsi ilmu dan sebagainya.
tetapi aku sangat rasa terkilan dengan seorang kawan lama ku..
kawan sekolah ku dlu..
berkali-kali ku bertanya khabar tp satu pun tak dibalas
kenapa dengannya,
malukah dia, aku tak kisah perubahan yang berlaku padanya
aku tidak pernah mempersoalkan tentang apa yang dilakukannya..
tapi tolonglah..
..HARGAILAH PERSAHABATAN KITA..
persahabatan yang telah kita bina..
lima tahun bukan sekejap saja..
sayangikan jabatan PERSAHABATAN KITA..
sesungguhnya aku sayangkannya..
walau apa yang terjadi..
kau tetap sahabat ku..
maafkan lah jika ada salah silap ku.
tersilap kata..terkasar bahasa,
tertanya yang tidak tentu hala..
maafkanlah..KaWANKU...
~The End~
www.tips-fb.com

Rabu, 7 April 2010

☆:*´¨`*: Kerinduaanku :*´¨`*:.☆

Telah terbau wanginya udara pagi..
Telah tercium bau angin kampungku..
terdengar sudah kicauan burung menyanyi..
menyetuh hati, mencuit rasa rindu pada kampung halaman ku..
telah terbayang-bayang wajah bondaku..
melambai-lambai memanggilku pulang..
rindu aku tidak tertahan..
hilang sabarku menungguh hari esok..
akan ku pulang desa yang permai..melepaskan segala tekanan...
:*'''*:..THE END..:*'''*:
www.tips-fb.com

Selasa, 6 April 2010

Aroma sesedap rasa

...Assamualaikum..
emmm....makan..sesuatu benda yang semua org bt..
aku br je lepas makan..emmm...
selalunya makan ramai nie lg best dari makan sorang-sorang..
emmm,..betul la 2...
sedap btl mkn td...makan ramai-ramai,bergurau, dan macam-macam lg..mmg best..
dari situlah terjalinnya sebuah ikatan persahabatan..
tadi kami bt makan-makan untuk meraikan kejayaan kami dalam penguruskan sebuah projek...
satu kerjasama yang baik..seperti satu adunan yang sebati dalam setiap masakan yang enak..
asalnya kami semua satu kumpulan nie bukan rapat sangat pun...
kenal gitu-gitu je...
dengan yang lelaki lagi la..bukn bertegur pun..
tapi bila kami disatukan dalam satu kumpulan hasilnye agak lumayan..




kenalkan nie lah kumpulan ak itu, kami jatuh bangun bersama..
susah senang bersama..nielah untungnya bila digabungkan menjadi satu..
orang cakap tak kenal maka tak cinta..
begitu juga kami...
inilah kami..ini yang aku cuba ceritakan..
searoma, sesedap rasa..jalinan yang mesra..
menjadi antara kenangan terindah dalam hidupku..




.....THE END....

www.tips-fb.com

Isnin, 5 April 2010

:: Kurniaan Tuhan ::



...Assalamualaikum…

Anak..orang cakap anak pembawa rezaki..
mmg betul apa yang dicakapkan.
Anak memang pembawa rezeki..aku tgk rezeki akak2 aku pun dah bertambah..termasuklah ak..

aku bersyukur kerana dikurniakan 3 orang anak..
Walaupun hanya anak sedara je..tapi mereka banyak membawa perubahan pada aku.
cth : Jika dulu aku tak suka pada budak-budak..coz ak rasa budak-bukan nie hanya menyusahkan ak sahaja...tapi sekarang, setiap kali ak cuti mesti ak bertanyakan mereka..

Nie aku kenalkan anak buah ak yang pertama, putera kak long aku..

Namanye MOHD DANISH FARISH..
dilahirkan pada 9 Mie 2006, dengan berat 3.36kg, dilahirkan melalui pembedahan..
Alhamdulillah semua selamat..comel tak anak buah ak nie..comel kan??
huhuh...Tengok la sapa mak sedaranye..haha..poyo je...






Nie pulak aku nak kenalkan nama diberi NIK AISYA HUMAIRA..puteri kak ngah aku.
Dilahirkan dengan keadaan tidak cukup bulan, dengan berat 2.00 kg..Masa 2 umur dia 8 bulan..Oleh kerana tak sabar sangat nak keluar,ibunya terpaksa dibedah..Syukur semua selamat jugak dilahirkan walaupun dia terpaksa 'diperam' selama 2 minggu.nie ganbar dia minggu ketiga dah wat balik kmpg dah...Comel je..






hah nie gmbr terbaru dia. Masa nie dia umur 7 ke 8 bulan..aku xsure...montel kan??..hahaha...nak tahu rahsianya..tanya ibu dia, entah ape yg dia bg makan..huhuhu..nielah dia cucu pempuan nan seorg mak aku... Aisya si merah jambu


gmbr anak buah yang ketiga aku,ak xdpt tunjuk coz ak xde gmbrnya..maybe comel mcm abgnya jugak kot..
namanya MOHD DANIEL FIRDAUS.
Dilahirkan pada 01 Januari 2010..umurnya sekarang baru 4 bulan la..huhu..dilahirkan melalui pemdedahan juga..kerana maknya mengalami tekanan darah tinggi...sama la mcm sepupu dia kat atas tu...mesti jd sepupu yang baik nie klu dah besar...
kehadirannya menambahkan bilangan cucu mak dan ayah ak...nie lah dia anugerah yang Allah berikan kepada kami sekeluarga, rezeki yang tidak terhingga..jalinan kasih yang bahagia..terima kasih ku pada-Mu Tuhan..memberikan kami sinar gembira...

Terima kasih atas kurniaan-Mu Tuhan...

~THE END~

www.tips-fb.com

Untukmu Wanita 

kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh



Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk



Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

www.tips-fb.com

Ahad, 4 April 2010

FrEeZa 'si ungu Violet'

assamualaikum...

Aku lah si ungu violet.kenapa aku pilih nama itu,kerana aku sukakan warnanya. Warna yang hampir sama tp ada lainnya.aku dilahirkan disebuah desa yang agak jauh dari kota. aku dilahirkan dalam keluarga yang sedarhana. Aku dilahirkan pada 6 Okt 1988, anak ketiga dari tiga adik beradik.nie gambar waktu aku kecil..umur 2 aku xth coz mak aku tak cakap..huhuh...


pastu aku mula sekolah kat kampung aku, pastu sambung kat pekan seterusnya kat bandar..masa 2 aku dah form 6. akhir sekali sekarang nie aku dah menlanjutkan pelajaran aku kat UNIVERSITI MALAYA.."bangga je"..hihi..nie gambar tempat ak pelajar sekarang..ade sape-sape kenal ke??..huhuhu...



aku dah dekat dua tahun kat sini..ak xsabar-sabar nak keluar di sini..nak kije..tapi nanti dah tiba masanya aku akan sayang untuk tinggalkannya..banyak kenangan ak kat sini..kawan-kawan aku,sahabat-sahabat aku,musuh-musuh aku dan segala-galanya..kerana semuanya bermula di sini......






itu lah aku FREEZA 'si ungu violet'..hidupku, nyawaku,cintaku,kasihku bermula disini...
www.tips-fb.com

Sabtu, 3 April 2010

Happy

Askum..
emmm...akhirnya aku buat juga blog..memang dari dulu aku nak buat, tapi nawaitu xsampai..hehehe..Akhirnya sekarang aku buat juga..nie pun atas permintaan seorang SAHABAT..


nie lah dia orangnya..cantikkan.huhuhuh....time kasih aku ucapkan kpd SAHABAT aku nie coz dah banyak tolong aku dalam mencantikan blog aku nie...TQ Na....Sekian..FREEZA 'si ungu violet' www.tips-fb.com
+
 

:: Copyright dan semua yang diatas adalah hak milik lelangit strawberry::