Pemergian ayah merupakan satu tamparan hebat bagi aku..kehilangannya seperti hilang panduan hidup aku...dia pergi disaat aku belum bersedia untuk menghadapinya..dia tinggalkan aku, disaat aku tidak memduganya..tak pernah aku terfikir bahawa aku akan kehilangan ayah pada usia ku 22 tahun...aku seolah-olah tidak mempercayainya...saat aku melihat sekujur badan di atas katil hospital 2 adalah ayahku...pada saat itu, tiada ap yang dapat aku katakan...mak aku membawa aku ke katil ayah, dan menyuruh aku memintak maaf byk2...air mataku berlinangan...terbang segala semangatku, hilang segala kekuatan yang aku bina untuk menghadapinya...aku rebah di katil ayah..mak memeluk aku...aku rasakan dunia aku kelam..gelap gelita..
"ayoh..adik rindu ayoh..." itulah yg sering aku ucapkan...sememangnya aku amat rindukan dia...
sekarang tiada lagi aku dengar suaranya dihujung telefon, tiada lagi suara yg akan mengejutkan aku untuk bgn subuh, tiada lagi suara yang menanyakan aku sudah solat atau belum, tiada lagi ku dengar gurau sendanya...tiada lagi org yang mengusik aku..tidak ada lagi org yg menasihatkan aku ketika aku mahu naik kereta api, tidak ada lagi ayah yang akan mewalikan aku di hari bahagiaku nnt..terlalu banyak kenangan ku bersamanya...
28/9/2010..pkl 1.10 pm...ayah menghembuskan nafas yang terakhir di hospital raja zainab II...
satu kenyataan yg belum lg boleh aku terima sepenuhnya.
kini aku dah kembali ke kampus..semalam betapa beratnya hati aku untuk meninggalkan mak aku...linangan air mata ibu menambahkan lagi rasa hatiku...sebak rasa hati bila melihatnya wajahnya..aku meninggalkan rumah dengan seribu rasa berat..kalau tak kerana belajar, sudah tentu aku tidak meninggalkan mak aku..walaupun wajahnya nampak tenang, luarannya nampak kuat dah tabah selepas pemergian ayah tapi aku tahu, jauh disuduh hatinya..kesunyian terasa..selama ini dia hidup dengan arwah ayah..ayah merupakan kaki baginya..tanpa ayah, dia tidak dapat bergerak..
Selepas 7 hari ketiadaan ayah, semalamlah hari pertama aku melihat mak menangis..betapa kuatnya jiwa wanita itu selama ini...kini aku cuba berlagak seperti biasa..biarpun kadang kala aku termenung...aku cuba menerima hakikat bahawa aku sudah tidak ada ayah lagi...aku bangun dengan semangat baru pada setiap pagi..aku tak mahu terus bersedih..aku tak mahu ayah terseksa jika aku terus bersedih...aku mahu dia aman di sana..aku berusaha menjadi ceria seperti biasa..aku harus kuat demi ibuku...aku xmahu kelihatan lemah di hadapannya..aku mahu ibu ku lega melihat anak bongsunya ini kuat dan tabah menghadapi peristiwa tersebut...
"ayoh, adik mntk maaf byk2..adik saye ko ayoh...adik janji, adik akan ngaji sgh..InsyaAllah ayoh...adik akan jago ma..adik janji..."
Al-FATIHAH untuk Arwah ayah saya YA'ACOB BIN JAAFAR..
(Mac 1951-Sep 2010 )
-The End-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan