















saya sayang dia
:: I Miss Him ::
Perlu Ke???

Aku senyum je bila dgr apa yang dia ckp..mmg ak dah agak ap yg dia nk ckp..ak mmg suka cr dia..dia xpenah nak manja ak dgn harta benda..bukan dia xpenah nak belikan ape2 kat ak..ada jgk dia belikan barang untuk ak..tp mmg dah jenis ak..klu ak dah rasa benda 2 xdiperlukan ak xkan mntk atau mahu dia beli..yealah..membazirkan klu beli tp sekadar nk bt hiasan..xkuasa ak..
Lagipun klu guna beg murah nie ok ap..cepat ckit korang blh tukar beg tangan baru..hahah...Ya Allah.. ap dah jd dgn aku nie..ape2 pun...ak rasa ak selesa dgn ak sekarang...xkshlah ap org nak ckp bila ak keluar dr kereta BMW pakwe ak 2 pakai beg pasar malam sekalipun..sebb ak knl dia dr dia ssh...ap yg best pasal dia..dia still mcm pertama kali ak jumpa dia..dan ak xnak dia berubah..xkiralah dia kaya sekali pun...dan ak harap mereka yg berkenaan 2 tlg la hormati pendirian ak...xperlulah ubah ak untuk jd org lain sbb ak pun bkn dr org senang..dan..andai kata ak nak sekalipun ak nak beli dgn duit ak..bkn duit laki ak..ak nk rasa duit ak...ak bkn mesin potong rambut..nak kikis duit dia..ak nak kasih sayang,cinta dan jujuran dia..ckplah ap yg dah dia bg pd ak..ak dah ckp happy..dia jaga ak dgn baik sekali..ak syg dia...bkn sayang duit dia...
:: Saya budak Manja::



.: kisah berry :.

dia pun mula la bt wafer ak 2..pastu dia ambik wafer yg dah masak 2.lalu dia sapukan dgn jem strawberry + honey ...xke manis 2..aku ingat wafer 2 bukan ak punya..ak ckp dlm hati..
Smbgn Perbezaannya Antara Lelaki Dan Perempuan
Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.
Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.
Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.
Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.
Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.
Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.
Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.
Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.
~The End~