Sabtu, 1 Januari 2011

selamat tahun baru !!!


1.1.11..wah..salah satu tarikh yg cantik selain daripada 11.11.11..
huhuh....selamat tuhun baru semua...emmm..ap lg nak ckp..
hah..selain dari tu jugak..aku nak ucapankan selamat hari lahir yg pertama
untuk anak sedara aku.dah besar anak sedara cik sue nie yea..huhu..
jgn nakal2...xmau nangis2 lg..hihihi....ape2..semoga tahun baru nie membawa
seribu makna dan kejayaan kepada kite semua..mulakan dengan sesuatu yg baik...
SELAMAT TAHUN BARU 2011..happy new year!!!!

-The End-

www.tips-fb.com

Ahad, 26 Disember 2010

...Gula-gula Kapas...




Emm...indahnya hari nie..langit membiru..
tompok-tompok awan yang comel seperti gula-gula kapas..
emmm...manisnya..bila aku tengok hari yg cerah hari nie..
setelah beberapa hari hujan..aku tengok tompok awan yang comel..
aku mmg suka tengok awan..sebb, bila aku tengok benda 2..
aku teringat gula-gula kapas...
aku mmg suka gula-gula kapas...
anda suka tak???..aku tahu..x ramai yg suka gula-gula kapas nie..
sebb dia manis sangat kan..emmm..tapi aku xthulah nape aku sukakannye..
aku suka tengok gula-gula kapas nie...dia lembut, gebu..danberwarna-warna..
aku suka warna ungu..comel...
ape2 pun pesanan aku pada org yg sk makan gula2 kapas mcm aku nie...
kurangkan manis dalam makanan..lebihkan manis dlm senyuman..okey..
inilah aku..gadis si gula-gula kapas....

- The End~


P/S: lain kali aku crt lg erk...
www.tips-fb.com

Isnin, 13 Disember 2010

MaNisNya CiNtAMu SaYaNg..



  • =>Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...maka carilah cinta dan berikanlah cinta itu dgn seikhlas hatimu sayang..
=>Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia tersebut.

=>Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

=>Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Yang buta adalah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan.

=>Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak, bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka, bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merasa rindu dan cemburu.

=>oleh itu..hari ini, adalah lemparan baru bagi aku..aku di sini kerana kau memilihku..tak pernah aku ragui akan cintamu..inilah..diriku..dengarlah melodi untukmu...

=>kadang kala Allah hilangkan matahari..Tuhan berikan kita hujan dan petir...kite tertanya2 ke mana hilangnya matahari..rupa-rupanya Tuhan kurniakan kite pelangi...

=>cinta sememangnya indah...begitu manis cinta yang kau berikan sayang....

~The End~

www.tips-fb.com

Khamis, 9 Disember 2010

Merokok..macho/seksi ke???

Emmm...hari nie fiza nak ckp pasal rokok...
mmg isu nie dah biasa..fiza nak ckp pun coz
my hubby nie merokok..kuat sgt dia merokok....
lagi satu..org ckp..merokok nie nmpk lbh macho dan seksi..
betul ke..sebelum kite ckp pasal 2..
jom kite tgk ckit fakta ttg rokok...jom.....

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.


Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan .....


Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

emmm...klu macam 2 lah gayanya..kat mana macho dan seksinya..dapat penyakit lg ada la..emmmm....saya ckp nie pun pasal my hubby merokok..saya selalu srh dia berhenti merokok..dia ckp..ok..slow2lah nie nak berhenti..emmm..sabor jelah... harap satu hari nnt dia akan berhenti btl2...

~The End~

www.tips-fb.com

Rabu, 1 Disember 2010

TaK SaLah Klu MeNgaLaH..


Setiap perhubungan pasti ada pasang surutnya...
dalam setiap dunia percintaan pada ada masalahnya..
sedangkan pantai lagi berubah nie kan pulak dalam hubungan..
emmmm...tak salah klu nak bergaduh sekali sekala..
tapi janganlah m'lampau2...
tak salah nak lepaskan kemarahan
tapi janganlah melebihi batas keimanan
tak salah nak merajuk..
tapi tak payahlah nak lama-lama..
kerana ada kalanya dari situ jua timbul kemesraan
kerana itu semua akan memjadi penyeri dalam perhubungan
menjadi satu episod dalam kehidupan
kenangan yang terindah yang mungkin kau xkan lupakan


kadang kala...kita harus menelan kepahitan
untuk mendapatkan satu kebahagian...
rendahkanlah sedikit keegoanmu kawan..
demi cinta mu yang sudah kesampaian...
tidak salah klu beralah....
kerana dia adalah warna dalam kehidupan....



~The End~


www.tips-fb.com

Isnin, 29 November 2010

LoVe Is CiNtA

Orang selalu cakap...
cinta xkan ada jika tak dicari
dan cinta xkan ada jika tak diberi..
emmm...betullah 2...ap yang selalu di katakan 2..
tapi mengapa masih dicari jika ada yg sudi memberi..
mengapa diminta pada yang tak sudi..
sempurnakah cintanya dari yg sudi memberi ini..
mengapa tidak diterima saja cinta yg ada..
mmg benar..cinta tak boleh dipaksa..


tapi bagi aku..xsalah dipaksa dari dikecewakan nnt..
cinta boleh dipupuk...
walaupun jalan ceritanya xseindah dalam novel
tapi cubalah hadirkan rasa cinta yang ada...
lihatlah 'dia' dari mata hatimu..
bukan dari mata kasarmu...
kamu akan melihat betapa dia mencintai mu
dan menerimamu apa adanya sahaja..
aku bercakap atas dasar pengalaman..
kini aku bahagia dgn org yg mcintai ak
aku sudah penat mengejar cinta manusia..
lalu aku bpaling pada org yg mngerjar cintaku..
kini Alhamdulillah...kami bahagia...thanks bie...
i love you more than you love me...
xsalah kite mencuba...hihihi...
kerna aku dah merasa
manisnya cintanya...

-The End-

www.tips-fb.com

Selasa, 23 November 2010

:- Sedikit -:


Dalam hidup ini berhati-hatilah sedikit kerja, agar lepas dari celaka
Selesai kerja berehatlah sedikit, agar kekuatan pulih semula
Sampai rumah gembiralah sedikit, agar keluarga senang
Ada masalah tenanglah sedikit, agar tidak salah langkah
Dalam pergaulan senyumlah sedikit, agar banyak kawan
Kalau makan pantanglah sedikit, agar tidak kena stroke..
Hidup bermasyarakat pedulilah sedikit, agar jadi berkat..
Kalau bertindak berimanlah sedikit, agar di berkati Tuhan
Dan… jadilah cincai sedikit, agar hidup tidak STRESs…..
www.tips-fb.com
+
 

:: Copyright dan semua yang diatas adalah hak milik lelangit strawberry::