Ahad, 24 Oktober 2010

:: Mampukah aku ::

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?

Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah

Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah

Penawar hati kekasih Allah

Susah dan senang rela bersama…

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?

Isteri Rasulullah yang bijak

Pendorong kesusahan dan penderitaan

Tiada sukar untuk dilaksanakan…

Mengalir air mataku

Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah

Akur dalam setiap perintah

Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang

Tiada memiliki harta dunia

Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…

Ketika aku marah

Inginku intip serpihan sabar

Dari catatan hidup Siti Sarah..

Tabah jiwaku

Setabah umi Nabi Ismail

Menggendong bayinya yang masih merah

Mecari air penghilang dahaga

Di terik pandang pasir merak

Ditinggalkan suami akur tanpa bantah

Pengharapannya hanya pada Allah

Itulah wanita bernama Siti Hajar

Mampukah aku menjadi wanita solehah??

Mati dalam keunggulan iman

Bersinar indah, harum tersebar

Bagai wanginya pusara Masyitah..




~ The End~
www.tips-fb.com

Isnin, 18 Oktober 2010

:: Tiada maafkah bagiku ::

Merajuk lagikah dia denganku..
Sehingga tiap msg ku dibiarkan sahaja...
Masih marah lagikah dia denganku...
sehinggakan tiap panggilanku tidak bersahut...
Tahukah dia bagaimana perasaanku di sini
Tahukah dia apa yang aku rasa saat ini...
Mengapa kau begini sahabatku...
Mana panggilan sayang yang selalu kau ucapkan
Mengapa kau biarkan aku merindui mu begini..
Atau kau sekadar untuk mengujiku..
Mengapa kawanku...
Mengertikah kau perasaanku dikala ini..
Ketenangan hati berlalu pergi...
Rasa gusar mula bersarang...
Perasaan bersalah turut menghantui diri...
Sesungguhnya tiada terniat dihati untuk menyakiti hati mu...
Sekadar ingin bercanda sahaja..
Aku akui sememangnya malam itu agak melampau kata-kataku
Tapi percayalah sahabatku, aku tiada niat sebegitu..
Aku amat menyayangimu...
dari sekarang, esok, selamanya dan insyaAllah sampai syurga....

gmbr bdk yg merajuk..comel x??
nie gmbr yg plg aku suka...

p/s: ayat macam jiwang ckitkan..haha..
nk wat mcm nk mood tgh jiwang..
huhu..enjoy!!! Bbahshyah!!!

-The End-

www.tips-fb.com

Ahad, 10 Oktober 2010

Marahlah, Tetapi biar bertempat


Pengelidikan tentang psikologi ada menyatakan memendam rasa marah hanya akan menjadikan anda lebih tertekan dan boleh menyebabkan anda akan diserang komplikasi penyakit lain misalnya darah tinggi, sakit jantung dan lebih teruk lagi kanser... wah....ternyata bukan calang-calang akibatnya kalau anda menahan marah... Oleh itu, adalah lebih baik jikan anda lahirkan saja emosi marah itu demi membantu minda anda sentiasa sihat dan terpelihara..Selain itu, ia turut melatih organ tubuh untuk merasa lebih sensitif sehingga mengetahui mana yang perlu diperbetulkan. Jadi, marahlah jika anda mahu marah itu. Tapi pastikan anda sedar batasan dan cara terbaik untuk menyalurkan rasa marah itu.. Jangan melulu tanpa hujung pangkal. kelak anda pula yang dilihat kurang cerdik...

- The End -
www.tips-fb.com

Jumaat, 8 Oktober 2010

:: Raya Rayie di APM ::

Semalam telah berlangsung satu majlis sambutan hari raya khas untuk budak2 tahun 3..Seronok sangat...Macam2 gelagat blh tgk...Pelbagai acara dijalankan antaranya, nyanyian lagu raya dan yg plg best acara " Jangan lupa lirik"...Aku gelak sakan semlm..Coz ade yg terlebih nyanyi..ada yang tersalah lirik la..mcm 2..Pas 2 dapat duit raya..emmm....Aku happy sgt...Salah satu perkara yg bt aku happy selepas ketiadaan arwan ayah...Selain itu, di cini jgk aku nak ucapkan ribuan time kasih byk kepada budak2 APM terutama daripada jabatan sastera atas sumbangan yg diberikan...Time kasih semua...Nie gmbr2 smbtn hari raya semalam....



















































- The End -
www.tips-fb.com

Khamis, 7 Oktober 2010

Bday party

Aku sangat bertuah mempunyai kawan2 yang baik..malam td mereka bt bday party untuk...
terharu aku bila melihat kek yang dibawa oleh mereka...sanagt comel..rasanya pun sedap...time kasih korang...aku sayang korang semua....muah23x...























































~The End ~
www.tips-fb.com

Rabu, 6 Oktober 2010

Pertama kali

Hari 6 Oktober 2010...hari nie gelap usiaku 22 tahun..tiada ape yg istimewa pada tahun ini...
tahun ini merupakan tahun pertama hari lahirku tanpa arwah ayah...pemergian ayah masih terkesah hebat dalam diriku...hari lahir ku pada tahun ini tidak bermakna lagi..walau bagaimanapun aku ttp bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk terus hidup...terima kasih Ya Allah...aku berdoa..supaya ko kuatkan lah semangat keluargaku terutama ibuku..hilangkanlah rasa sunyi dalam hatinya..kembalikan kegembiraan padanya..hanya itu yang aku pinta..sesungguhnya,aku tidak sanggup melihat dia terus bersedih..Amin...

-The End-

www.tips-fb.com

Selasa, 5 Oktober 2010

Selepas 7 hari pemergian ayah

Pemergian ayah merupakan satu tamparan hebat bagi aku..kehilangannya seperti hilang panduan hidup aku...dia pergi disaat aku belum bersedia untuk menghadapinya..dia tinggalkan aku, disaat aku tidak memduganya..tak pernah aku terfikir bahawa aku akan kehilangan ayah pada usia ku 22 tahun...aku seolah-olah tidak mempercayainya...saat aku melihat sekujur badan di atas katil hospital 2 adalah ayahku...pada saat itu, tiada ap yang dapat aku katakan...mak aku membawa aku ke katil ayah, dan menyuruh aku memintak maaf byk2...air mataku berlinangan...terbang segala semangatku, hilang segala kekuatan yang aku bina untuk menghadapinya...aku rebah di katil ayah..mak memeluk aku...aku rasakan dunia aku kelam..gelap gelita..

"ayoh..adik rindu ayoh..." itulah yg sering aku ucapkan...sememangnya aku amat rindukan dia...
sekarang tiada lagi aku dengar suaranya dihujung telefon, tiada lagi suara yg akan mengejutkan aku untuk bgn subuh, tiada lagi suara yang menanyakan aku sudah solat atau belum, tiada lagi ku dengar gurau sendanya...tiada lagi org yang mengusik aku..tidak ada lagi org yg menasihatkan aku ketika aku mahu naik kereta api, tidak ada lagi ayah yang akan mewalikan aku di hari bahagiaku nnt..terlalu banyak kenangan ku bersamanya...
28/9/2010..pkl 1.10 pm...ayah menghembuskan nafas yang terakhir di hospital raja zainab II...
satu kenyataan yg belum lg boleh aku terima sepenuhnya.

kini aku dah kembali ke kampus..semalam betapa beratnya hati aku untuk meninggalkan mak aku...linangan air mata ibu menambahkan lagi rasa hatiku...sebak rasa hati bila melihatnya wajahnya..aku meninggalkan rumah dengan seribu rasa berat..kalau tak kerana belajar, sudah tentu aku tidak meninggalkan mak aku..walaupun wajahnya nampak tenang, luarannya nampak kuat dah tabah selepas pemergian ayah tapi aku tahu, jauh disuduh hatinya..kesunyian terasa..selama ini dia hidup dengan arwah ayah..ayah merupakan kaki baginya..tanpa ayah, dia tidak dapat bergerak..

Selepas 7 hari ketiadaan ayah, semalamlah hari pertama aku melihat mak menangis..betapa kuatnya jiwa wanita itu selama ini...kini aku cuba berlagak seperti biasa..biarpun kadang kala aku termenung...aku cuba menerima hakikat bahawa aku sudah tidak ada ayah lagi...aku bangun dengan semangat baru pada setiap pagi..aku tak mahu terus bersedih..aku tak mahu ayah terseksa jika aku terus bersedih...aku mahu dia aman di sana..aku berusaha menjadi ceria seperti biasa..aku harus kuat demi ibuku...aku xmahu kelihatan lemah di hadapannya..aku mahu ibu ku lega melihat anak bongsunya ini kuat dan tabah menghadapi peristiwa tersebut...

"ayoh, adik mntk maaf byk2..adik saye ko ayoh...adik janji, adik akan ngaji sgh..InsyaAllah ayoh...adik akan jago ma..adik janji..."

Al-FATIHAH untuk Arwah ayah saya YA'ACOB BIN JAAFAR..
(Mac 1951-Sep 2010 )

-The End-
www.tips-fb.com
+
 

:: Copyright dan semua yang diatas adalah hak milik lelangit strawberry::