- The End~
Ahad, 26 Disember 2010
...Gula-gula Kapas...
- The End~
Isnin, 13 Disember 2010
MaNisNya CiNtAMu SaYaNg..
- =>Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...maka carilah cinta dan berikanlah cinta itu dgn seikhlas hatimu sayang..
=>Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
=>Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak, bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka, bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merasa rindu dan cemburu.
=>oleh itu..hari ini, adalah lemparan baru bagi aku..aku di sini kerana kau memilihku..tak pernah aku ragui akan cintamu..inilah..diriku..dengarlah melodi untukmu...
=>kadang kala Allah hilangkan matahari..Tuhan berikan kita hujan dan petir...kite tertanya2 ke mana hilangnya matahari..rupa-rupanya Tuhan kurniakan kite pelangi...
=>cinta sememangnya indah...begitu manis cinta yang kau berikan sayang....
~The End~
Khamis, 9 Disember 2010
Merokok..macho/seksi ke???
Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan .
Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.
emmm...klu macam 2 lah gayanya..kat mana macho dan seksinya..dapat penyakit lg ada la..emmmm....saya ckp nie pun pasal my hubby merokok..saya selalu srh dia berhenti merokok..dia ckp..ok..slow2lah nie nak berhenti..emmm..sabor jelah... harap satu hari nnt dia akan berhenti btl2...
~The End~