Isnin, 26 April 2010

::Ku Bahagia ::

Satu perkenalan yang ku sangka satu perkenalan biasa sahaja...
tak pernah ku sangka jadi begini...
jantungku berdegup kencang
setiap kali berbicara dengannya..
hari demi hari
mengeratkan kami
senyuman yang manis memikat hati..
sentuhan lembut menyenang aku
bila aku disisinya
lagak manjanya membuatkan aku selalu tersenyum..

Dia membuatkan aku suka padanya..
caranya, sikapnya, sifatnya dan semuanya ttg dia..
aku terkejut bila dia melamar ak
hilang segala kata yang ingin ku ucap..
terdiam diriku memandangnya
aku tertunduk malu..
tersenyum manis padanya..
tanganku dicium berkali-kali
ucapan terima kasih diucap tanpa henti..


:: Burung berkicau tanda setia pada pagi ::
:: Ku dengan engkau tak bisa dipisahkan lagi ::
:: Jantungku kau mintapun kan ku berikan ::
:: Betapa dalamnya cinta untukmu ::
www.tips-fb.com

Khamis, 22 April 2010

Ya Allah...
tenangkanlah hatiku, fikiranku, jiwaku dan permudahkanlah segala urusanku agak aku kuat menempuh ujian Mu..sesungguhnya aku seorang insan yang lemah dan amat memerlukan petunjuk dan bimbingan Mu. Ya Allah.. Tenangkanlah hatiku.. www.tips-fb.com

Tahukah Anda..

Tahukah anda bahawa madu lebah 2 sangat banyak khasiatnya...emmmm...jom kite kongsi2 ckit info pasal madu nie..


MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh
para ibu yang mengandung.

BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
www.tips-fb.com

Rabu, 21 April 2010

Neraca Hidup

Sejarah mengajar kita supaya lebih berhati-hati..
sejarah jugalah telah mengajar aku untuk berdiri..
terus bangun melangkah pergi..
tinggalkan kisah yang ku lalui..
masih terasa sakitnya hati, bila kisah menjelma kembali
bagai ditusuk sembilu besi..
yang akhirnya mematikan rasa hati..
aku menjadi insan tanpa perasaan..
bila cerita berkisar kembali..
menjadi DEMDAM yang rasai..
hitam, pekat, dan kelam sekali..
menunggu saat kau merasai semua sekali..
apa yang ku lalui selama ini...
semoga kau sempat bertaubat kepada-NYA..
semoga TUHAN menerimanya..
Andai itu takdirnya..
Aku terima sahaja..
...keranaku YAKIN ada balasan-NYA...
www.tips-fb.com

Selasa, 20 April 2010

: Mutiara Kata :

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi" Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. www.tips-fb.com

Aloha

emmm....akhirnya balik jugak ak ke KL nie..
mmg rasa malas nak balik sini klu dah duk kat kmpg..
tp nak buat macam mn, terpaksa balik jugak... www.tips-fb.com

Khamis, 8 April 2010

Desa Yang Permai

Hari ini aku akan pulang ke desa yang permai..
Melepaskan segala kerinduan yang menggunung.
Walaupun sementara, tapi itu takpe
Kerana disana desa permai ku...
Pulangnya aku
Ke sana, amatku nantikan...
Melepaskan segala tekanan yang ada di bandar
Kerana ape??
Kerana di sana desa permai ku.....
Selamat tinggal bandar yang penuh kesibuktan..
Aku pulang..
...Desa permaiku..
~The End~
www.tips-fb.com
+
 

:: Copyright dan semua yang diatas adalah hak milik lelangit strawberry::