Jumaat, 11 Februari 2011

Perbezaannya Antara Lelaki Dan Perempuan

1. Wanita menarik nafas lebih kerap dari...pada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.


p/s: ada smbgn..nnt sy tulis erk..

enjoy...

-The End-

www.tips-fb.com

::Beranikah anda??::

www.tips-fb.com

Panda yang comel

Tadi masa aku dlu tgk2 web..ak terjumpa beberapa gmbr panda yg comel..
jom kite kongsi....









-The End-
www.tips-fb.com

Antara Dua

www.tips-fb.com

Khamis, 10 Februari 2011

:: Sebab hati tak tenang ::

1. Pemarah

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang..



2. Pendendam

Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


3. Hasad dengki

Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


4. Bakhil

Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.


5. Tamak

Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6. Tidak sabar

Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.


7. Ego

Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.


8. Riak

Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.


9. Cinta Dunia

Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


~The End~

www.tips-fb.com

hari ini...


Hari ini hari paling..paling ap yea aku nak cakap...aku xth nak ckap mcm mn...yg aky th hari nie aku merajuk panjang dgn BF ak...mn xyea..pagi2 lagi aku dah panas..panas bkn sebb g berjogging tau..tp panas sbb terlalu rasa nak marah...pagi2 td ak rasa mcm keluar ap je kat kepala dan telinga aku..dan mcm org api je aku rasa...hanya disebabkan ak terlihat gmbr dia dgn pempuan lain..mmg aku jenis cemburu..cian pak we ak pagi2 dah kn serang...aku merajuk..aku larikan diri dari dia..last2 dia jumpa ak kat jamek..ms 2 aku tgh berfoya2 dgn kwn ak..kawan pempuan yea puan2 dan tuan2..terus dia ambik ak..bwk balik umah mak dia...ak msh lg bad mood...dia xth kisah sebenar knp ak tiba2 mengamuk..sampai umah mak dia..dia pun bincang lah dari hati ke hati depan mak dia..bila th yg sebenar ..dia ckp aku knl pempuan 2 dan diorg hanya kwn..terus dia call pempuan 2 dan mntk pempuan 2 padam semua gmbr dia..aku blh nmpk dr wajah dia..betapa dia sayang kat ak...dari mata dia terhampar luas cintanya padaku...pkl 7 lebih br aku pulih dan ok seperti biasa..sabarnya dia mlayan kerenah ak..saat dia pegang tangan ak..ak dapat rasakan..yg sebenarnya..aku terlalu sayang dan cintakan dia..dari dulu..kini dan selamanya...sayang bie sangat2..time kasih coz sabar dan ayg..sudi layan kerenah,sifat manja dan budak2 yang...syg bie lebih...


~The End~
www.tips-fb.com

Selasa, 8 Februari 2011

Cinta antara orkid

>

Orang kata cinta itu indah, tapi dalam masa yang sama cinta itu juga mengundang sengsara. Bila hati diusik rasa resah, bila jiwa terasa gundah, hanya kekasih hati penawarnya. Orang kata lagi, hanya dengan melihat senyuman si dia, segala-galanya menjadi indah....segala halangan dapat diredah..emmm..memang hebat penangan cinta...begitu jua dgn ak...



aku juga amat bersyukur kerana dipertemukan antara ak dgn dia..dia menjaga ak dgn baik sekali..Alhamdulillah..aku sekarang, amat bahagia bersamanya..terima kasih Ya Allah..susah senang..suka duka..jatuh bangun dia tetap bersama aku..dalam bercinta mmg ada pasang surutnya..bergaduh itu perkara biasa..merajuk juga tak lama..sedikit sebanyak ianya mengeratkan hubungan antara kami..itulah cinta kami...inilah kasih syg kami...semoga kekal sampai hujung nyawa..

- The End-
p/s: tajuk xblh blah..haha..
www.tips-fb.com
+
 

:: Copyright dan semua yang diatas adalah hak milik lelangit strawberry::