Selasa, 3 April 2012

:: Anorexia ::


Setiap perempuan mmg mahukan susuk tubuh yang menawan kan..
macam 2 jgk ak..ak sanggup diet hingga xmakan semata-mata untuk kurus..
oh..NO!!..byk makanan yang ak suka terpaksa dilepaskan hanya untuk kurus..
setiap kali pandang ke arah cermin..ak selalu nampak seorang gadis yang gemuk..
helo!!...jgn biarkan anasir ANOREXIA 2 mempengaruhi anda..BAHAYA!!..sekali lagi saya Ulang..BAHAYA!!..


Wah..wah...wah..nak kurus punya pasal ko sanggup xmakan yea..apa..ko ingat santek sangat ke
klu dah sekeping keremping macam tulang rangka kat makmal sains 2..emmm...nak kurus 2 xsalah..tapi biarlah dengan cara yang betul dan seimbang..

semalam ak tanya akak aku..
"Angah, Adik nie gemuk sangat ke?"..akak aku punn jawab..
" dah kite 2 dari kecil mcm 2 nak bt macam mn..lgpun ko dah kurus kan..saiz pun dah kurang kan"
aku pun tersenyum2 mcm kerang busuk...sbb ap yg dia ckp 2 betul..ak mmg dah kurus ckit..ak ckp nak diet..dia pun ckp..dari ko makan benda lain lbh baik mkn nasi..sbb benda benda lain 2 lebih menggemukkan tau..dia ckp lah..2 pendapat dia..tp..aku pun ad jgk rasa macam 2..

aku sekarang nak jadi sihat je..mempunyai BMI yang seimbang dan nak kekalkannya..ak xmau jadi Anorexia..yang dlu mungkin ak PIKIRkan Kurus Itu Cantik..jadi pesanan ak kepada gadis2 diluar sana..jangan jadi mangsa pada KURUS tau..nak kurus xsalah tapi berpada-padalah...
sekian....

THE END
www.tips-fb.com

Khamis, 29 Mac 2012

:: Statement Berani Mati ::


Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)..apa yang specialnya diaorang nie..
mungkin sebab nak jadi TUDM nie kena ada sijil tinggi kut..huhu...apa2 jelah..
pagi nie ak bukan nak cerita pasal sijil bebudak TUDM nie tapi mengenai statement berani mati sedara aku..waaahhh...dahsyat giler lah dia nie..huhu...

memetik Statement berani mati sedara aku

"Ah!!!..budak TUDM semua xblh blah..kerek lebih..macam bagus sangat..sombong nak mampus..benci lah ak.."

Waaahh...sedap betul mulut dia berkata-kata yea...tapi betul ke bebudak TUDM nie macam 2...
sombong ke diaorang nie..kerek ke diaorg nie..setahu aku diaorg yang mana aku kenal..kawan-kawan aku yang kije TUDM nie baik je..ok je dgn ak..tapi xtahulah..

Amboi ko pun..kot yea pun ko putus dengan mat TUDM @ mat TUDM xlayan ko, janganlah mengata sampai macam tu sekali..xbaik tau..xkanlah kerana seorang bdk hal semua kena..cian kat abang2 TUDM kite 2..huhu...saborlah yea..sesungguhnya ada hikmah disebalik kenapa Allah temukan kite dgn org yang salah (bukan jodoh kite)..lagi satu ak nak pesan..klu ko couple lah mcm mn pun xdgn BUDAK TUDM 2..ko xkan dapat bawak balik jet pejuang dia 2..huhuhu...

Sesungguhnya setiap manusia ada EGOnya tersendiri dan terpulang pada dirinya mcm mana nak membentuk dirinya itu..sama ada mahu Egonya membatasi segala-galanya atau sebaliknya.. Andai itu takdirNYA..kite harus redha..so..jangan sesekali buat statement berani mati macam 2 lagi yea..ok...ada jodoh tak ke mana.. (^___________^)v....

~the End~


www.tips-fb.com

Ahad, 19 Februari 2012

Kenapa Aku Berkahwin

"alah..ko kahwin je..habis cerita"..ayat itulah selalu ak dengar dari pengucapan orang..siapa cakap kalau kahwin " hbs cerita"..bagi ak, sebenarnya itulah permulaan cerita kita..permulaan cerita cinta kita dan kehidupan kita.



Dari zaman U dulu lagi,member aku selalu suruh ak kahwin.. ak hanya menyambut pengucapan itu dengan gelak tawa sahaja. Tak pernah ak menyatakan dengan jelas kenapa aku xmahu kahwin..Bagi ak..aku masih belum benar-benar bersedia untuk memulakan kehidupan baru.. ak masih belum bersedia untuk menjadi dan menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Baru-baru nie,seorang sahabat aku sekali lagi mengucapkan ayat itu..aku hanya tersenyum..aku tahu niatnya baik..tapi aku belum bersedia lg..masih banyak perkara yang harus ak selesaikan sebelum ak menjadi "
HAK ORANG". lagipun bukan aku sahaja yg belum bersedia..pasangan aku jua begitu..biarpun kami telah kenal dari aku tingkatan 1 lg..tp kami belum bersedia..kami telah berbincang mengenai hal nie..



Lagipun hal kahwin-kahwin nie
bukan benda yang boleh di buat main-main...bukan klu dah suka, bercinta terus nak kahwin tanpa mengira kesannya di depan hari kelak. bagi ak..aku akan berkahwin bila aku benar-benar bersedia untuk menjadi miliknya dan dia jua begitu.. kenapa aku berkata begitu?.. kerana aku mahu hidup lama bersamanya, m'habiskan sisa-sisa hidup bersamanya..aku mahu mngahwininya bukan untuk 2 3 hari tp sepanjang hidup ku. dan sebab itulah kenapa aku berkahwin.

bukan kerana aku tidak menyitainya sepenuh hati..kerana cintalah, kami tidak mahu berkahwin lg kerana takut akan dosa yang akan berlaku selepas kahwin kerana gara-gara belum bersedia.
BERKAHWIN bukan untuk BERCERAI tapi untuk HIDUP berSAMAnya SELAMANYA kerana ALLAH . sebab itulah KENAPA AKU BERKAHWIN



-The End-


www.tips-fb.com

Selasa, 14 Februari 2012

MASIH ADA KE LELAKI MACAM NI SEKARANG?

Saya suka tengok jari runcing awak. Cantik betul. Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. Tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain. Di satu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. Sebab tu saya belikan tudung. Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti kena bakar api neraka.


Saya suka tengok body awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung. Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.


Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya. Saya pun macam tu jugak. Awak tanya apa ubatnya? Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.


Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla". Tapi bila keluar dating sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal Zohor. Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.


Kesimpulannya, saya memang sayangkan awak. Nak setia pada awak. Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat. Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya.


Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita. Dosa saya sendiri pun bertimbun. Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji. Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah..


“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32)
.


the End


www.tips-fb.com

Isnin, 2 Januari 2012

:: Happy New Year ::

Selamat tahun baru semua..
tahun baru, dunia baru..azam baru..jiwa baru..dan kehidupan yg baru..yang dlu biarlah berlalu...





www.tips-fb.com

Sabtu, 24 Disember 2011

:: Saya Belajar ::






www.tips-fb.com

Rabu, 21 Disember 2011

Cikgu oh..Cikgu


Sape kata jadi cikgu SENANG? Bila korang jadi cikgu..Baru korang tau susahnye jadi cikgu.. time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE.. time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
time budak pecah kepala.. cikgu jd DOKTOR..
time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
time persembahan hari guru.. cikgu jd PENYANYI..
time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
time budak muntah dlm kelas.. cikgu jd TUKANG SAPU..
time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
time perkhemahan.. cikgu jd MASTERCHEF..
time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK SARKIS..

tapi walau ape pun yg cikgu akan jadi..
sesusah mana pun jd cikgu..
sebesar mana pun amanah yg diberi..
aku tetap nak jadi cikgu...

-the end-


www.tips-fb.com
+
 

:: Copyright dan semua yang diatas adalah hak milik lelangit strawberry::